Endrick Dos Santos Kembali Perkuat Harimau Malaya
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Sesi latihan Harimau Malaya hari ini kembali disertai pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos.

Menurut wartawan MakanBola, Nik Faris, kelibat pemain berusia 27 tahun itu dirakam menyertai rakan sepasukannya di Wisma FAM pada hari keempat sesi latihan skuad kebangsaan.

Advertisements

“Endrick Dos Santos menyertai sesi latihan Harimau Malaya hari ini untuk melengkapkan 25/26 pemain di kem latihan pusat sebelum berlepas ke Qatar”, tulis Nik Faris di laman X beliau.

Advertisements

Sebelum ini, ketua jurulatih, Kim Pan-gon berkongsi bahawa Endrick diberi pelepasan dari menyertai sesi latihan atas urusan keluarga.

Advertisements

Endrick merupakan salah seorang tonggak tengah yang dipanggil untuk membawa cabaran negara di kempen Piala Asia bulan hadapan.

Malaysia akan membuka tirai aksi kumpulan di Piala Asia berdepan Jordan dan Bahrain sebelum menentang jaguh Korea Selatan pada perlawanan terakhir.

Advertisements

News Comments Account