Endrick Dos Santos Rasmi Pemain Naturalisasi Terbaru JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos kini secara rasminya bergelar pemain naturalisasi bermula musim 2023.

Pemain kelahiran Brazil itu merupakan antara pemain yang sudah lama beraksi di Malaysia bersama beberapa pasukan sejak tahun 2017.

Bekas bintang Selangor ini memberi khabar baharu kepada seluruh peminat bola sepak tempatan apabila beliau berada dalam senarai skuad JDT malam ini berdepan Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Namun begitu, perkara yang menarik perhatian adalah beliau dilihat telah pun didaftarkan sebagai pemain tempatan skuad Harimau Selatan.

Perkara ini turut disahkan oleh wartawan terkenal, Zulhelmi Zainal Azam mengenai proses naturalisasi Endrick yang telah lengkap.

Sebelum ini, pertahanan tengah Terengganu FC, Argzim Redzovic telah memaklumkan bahawa proses naturalisasinya telah berjalan bersama-sama tiga orang lagi pemain termasuk Endrick.

Advertisements

Perkara ini sudah tentu menggembirakan JDT dalam usaha terus melebarkan sayap terutamanya di pentas bola sepak Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram