Engku Nur Shakir Sandaran Baharu Terengganu
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Nama Engku Nur Shakir kini mula menjadi sebutan para penyokong Terengganu setelah aksi cemerlang beliau dalam beberapa perlawanan yang lalu.

Penyerang berusia 24 tahun ini telah merekodkan 3 gol dan 4 bantuan jaringan dalam kesemua 16 penampilan bersama Terengganu FC.

Engku Nur Shakir pada awalnya kerap memanaskan bangku simpanan pasukan namun beliau perlahan-lahan mula membarisi skuad utama Terengganu.

Advertisements

Mula diturunkan selaku pemain gantian, Engku Nur Shakir berjaya memberikan impak positif apabila menjaringkan gol tunggal sewaktu menentang Penang bagi memberikan 3 mata berharga buat pasukan.

Pemain berusia 24 tahun itu kemudiannya menghasilkan 1 bantuan jaringan dalam perlawanan seterusnya bertemu Perak.

Tomislav Steinbrukner telah memberi kepercayaan kepada Engku Nur Shakir untuk membarisi kesebelasan utama pasukan dan beliau diturunkan dalam 4 daripada 5 perlawanan terakhir liga.

Advertisements

Jaringan tunggal beliau sewaktu bertemu Kedah sekali lagi membantu Terengganu meraih kemenangan. Malah 1 bantuan jaringannya sewaktu menentang KL City memberikan 1 mata berharga buat pasukan.

2 jaringan beliau merupakan gerakan dari bahagian tengah yang menyaksikan gaya permainan dominan beliau selaku penyerang tengah. Namun Engku Nur Shakir turut diturunkan sebagai pemain sayap dalam beberapa perlawanan yang lalu.

Aksi positif Engku Nur Shakir ini menyaksikan beliau bakal memberikan saingan yang sihat kepada Adisak Kraisorn yang ketika ini telah menjaringkan 3 gol dalam saingan Liga Super buat Terengganu.

Advertisements

Engku Nur Shakir merupakan pemain Terengganu II yang dipromosikan ke skuad utama Terengganu. Beliau turut menjaringkan 1 gol sewaktu kemenangan selesa 4-0 Terengganu ke atas KL Rovers tempoh hari.

Terengganu kini berada di tangga ke-7 liga selepas 18 perlawanan dengan mengutip 26 mata. Terengganu dijadualkan bakal bertemu Kelantan United bagi perlawanan liga yang seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram