EPL: Alejandro Garnacho Pacu Man United Kalahkan Everton
EPL
Manchester United
Advertisements

Gol cantik pemain sayap Argentina, Alejandro Garnacho memastikan Man United meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Everton awal pagi ini.

Everton yang baru saja dikenakan hukuman pemotongan mata sebanyak 10 mata oleh EPL berharap dapat bangkit dalam perlawanan ini.

Sementara United pula mahu meneruskan momentum kemenangan selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Luton Town sebelum tempoh rehat antarabangsa.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan penyokong kedua-dua pasukan terpukau dengan gol Garnacho pada minit ketiga.

Pemain sayap muda itu melakukan sepakan basikal persis Wayne Rooney selepas menerima hantaran bek kanan Portugal, Diogo Dalot.

Tersentak, The Toffees cuba bangkit tetapi kedudukan 1-0 pelawat dipertahankan sehingga rehat separuh masa.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, United menyangka mereka tidak mendapat penalti pada minit ke-51 selepas Anthony Martial didakwa menjatuhkan diri dalam kotak penalti.

Begitupun, selepas insiden itu disemak oleh VAR, penalti diberi kepada pelawat. Penalti tersebut mudah disempurnakan Marcus Rashford bagi meletakkan United 2-0 di hadapan.

Ini mendorong Everton menggandakan asakan ke atas kubu pertahanan United. Ini memaksa penjaga gol Cameroon, Andre Onana bekerja keras menangkis setiap percubaan ke arah gol.

Advertisements

Kemenangan The Red Devils dilengkapkan menerusi penyudah mudah Martial selepas menerima hantaran kapten, Bruno Fernandes pada minit ke-75.

Kemenangan ini melonjakkan kembali United ke tangga keenam liga dengan 24 mata. Sementara The Toffees pula berada di tangga ke-19 dengan empat mata.

Sofascore menamakan Onana sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini dengan markah 8.8 mata.

Advertisements

Selepas ini, The Red Devils akan turun menentang Galatasaray untuk aksi UCL seterusnya pada 30 November ini. Manakala Everton pula menentang Nottingham Forest pada 3 Disember.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram