EPL: Arsenal Bedil Bournemouth Untuk Kekal Di Tangga Pertama Liga
EPL
Arsenal
Advertisements

Arsenal tidak berdepan masalah untuk menewaskan Bournemouth di Stadium Emirates dalam misi mengekalkan kedudukan pertama Liga Perdana Inggeris.

Mikel Arteta menurunkan kesebelasan terbaik dengan trio serangan dibarisi Bukayo Saka, Kai Havertz dan Leandro Trossard manakala enjin tengah pasukan diperkuatkan oleh Thomas Partey, Declan Rice dan Martin Odegaard.

Bournemouth pula menagih bisa penyerang Dominic Solanke dalam membolosi gawang gol lawan manakala Ryan Christie dan Lewis Cook memperkuatkan jentera tengah pasukan.

Advertisements

Arsenal hampir meraih gol pertama pada minit ke-18 menerusi percubaan William Saliba namun ketangkasan penjaga gol Mark Travers berjaya menghalang bola tersebut.

Pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada The Gunners pada minit ke-40 setelah Mark Travers menjatuhkan Kai Havertz dalam kawasan kotak penalti.

Advertisements

Bukayo Saka tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk memberikan Arsenal gol pertama perlawanan sebelum tamat aksi babak pertama.

Leandro Trossard turut mencetak nama selaku penjaring apabila menjaringkan gol kedua Arsenal setelah menyambut baik bola hantaran Declan Rice pada minit ke-70.

Advertisements

Gol Bournemouth pada minit ke-73 dibatalkan pengadil setelah VAR mendapati Dominic Solanke melakukan kekasaran terhadap penjaga gol David Raya sebelum terhasilnya gol tersebut.

Declan Rice menyempurnakan kemenangan selesa Arsenal dengan jaringan ketiga pasukan setelah memanfaatkan bola hantara Gabriel Jesus pada masa tambahan perlawanan.

Advertisements

Perlawanan tamat dengan kemenangan berpihak kepada Arsenal dengan jaringan 3-0 ke atas Bournemouth. Arsenal kini mengumpul 83 mata dan menjarakkan 4 mata dengan juara bertahan, Manchester City yang berada ditangga kedua liga.

Arsenal seterusnya akan menentang Manchester United dan Everton dalam baki dua perlawanan liga manakala Bournemoth yang berada ditangga ke-10 akan menentang Brentford dan Chelsea.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram