Advertising
EPL: Arsenal Bedil Manchester United Pada Minit Akhir
EPL
MakanBola
Ash Donelon

Arsenal berjaya menewaskan Manchester United 3-1 di Stadium Emirates dalam aksi yang penuh debaran pada minit-minit akhir.

Manchester United membuka jaringan pada minit ke-27 perlawanan menerusi Marcus Rashford yang merembat kencang ke arah kiri gawang gol Arsenal setelah menerima hantaran daripada Christian Eriksen.

Ad

Tidak sampai seminit, Arsenal menyamakan kedudukan hasil jaringan Martin Odegaard yang menyempurnakan hantaran Gabriel Martinelli pada minit ke-28 perlawanan.

Ad

Arsenal kerap melakukan percubaan ke gawang gol United namun gagal meraih sebarang jaringan.

Tamat separuh masa pertama, Arsenal dan Manchester United terikat seri satu sama.

Ad

Arsenal kemudian mendapat sepakan penalti pada minit ke-60 perlawanan apabila Aaron Wan-Bissaka melakukan kekasaran ke atas Kai Havertz. Namun penalti tersebut dibatalkan apabila VAR mengesahkan ianya bukan terjahan keras yang membahayakan.

Ad

Arsenal kerap menguasai bola pada separuh masa kedua dan mempunyai beberapa peluang keemasan namun gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Ad

Garnacho menjaringkan gol pada minit ke-88 perlawanan menerusi gerakan serangan balas namun pengadil membatalkan jaringan tersebut disebabkan kedudukan ofsaid.

Declan Rice kemudian menjaringkan gol kedua The Gunners pada minit ke-96 perlawanan.

Gabriel Jesus menambah duka United apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-101 hasil hantaran Fabio Vieira

Tamat perlawanan, Arsenal menang 3-1 ke atas Manchester United dan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 4 perlawanan manakala United pula menerima kekalahan kedua musim ini.