Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu menyaksikan Arsenal cemas seketika sebelum berjaya menafikan usaha Leicester City untuk membawa pulang mata di Emirates.
Setelah dikecewakan Man City minggu lalu, Arsenal turun di laman sendiri untuk terus memberi tekanan di kedudukan teratas liga dengan berdepan pendatang baharu, Leicester City.
Kesebelasan utama Arsenal ditunjangi gandingan Bukayo Saka-Kai Havertz sementara Jamie Vardy mengetuai barisan pemain Leicester City yang turun sebagai pelawat di London.
Tuan rumah bermula baik untuk memimpin permainan seawal minit ke-20 hasil go pemain sayap Brazil, Gabriel Martinelli bagi meletakkan Arsenal di hadapan 1-0.
Leandro Trossard terus menggandakan kelebihan buat The Gunners pada masa tambahan sekaligus menyaksikan Arsenal memasuki bilik persalinan dengan kelegaan.
Separuh masa pertama, Arsenal 2-0 Leicester City.
Kembali dari rehat, Leicester City bangkit memperkemas permainan dan berhasil meledak gol pertama menerusi tandukan James Justin dua minit bersambung babak kedua.
James Justin terus menjadi penyelamat The Foxes apabila menjaringkan gol kedua pelawat pada minit ke-63 untuk mengikat Arsenal 2-2 memasuki pertengahan permainan.
Ketika aksi dilihat bakal berakhir seri, Leandro Trossard dan Kai Havertz muncul wira Arsenal dengan gol kemenangan di masa kecederaan, membuatkan pelawat pulang kecewa.
Aksi di Stadium Emirates berakhir dengan keputusan 4-2 memihak Arsenal.
Saingan EPL bersambung minggu hadapan dengan Arsenal akan menerima kunjungan Southampton manakala Leicester City bakal berdepan Bournemouth di laman sendiri.