EPL: Arsenal Cemerlang Belasah Newcastle United
EPL
EPL
Advertisements

Kelab gergasi utara London, Arsenal terus menghambat Liverpool dan Manchester City yang menduduki kedudukan dua teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ini selepas The Gunners mempamerkan aksi dominan dengan membelasah Newcastle United 4-1 di Stadium Emirates hari ini.

Arsenal yang dibimbing Mikel Arteta perlu menang jika ingin merapatkan jurang dengan dua pasukan di atas.

Advertisements

Manakala Newcastle yang dibimbing Eddie Howe pula perlu menang jika ingin menghambat Manchester United yang menduduki tangga keenam liga.

Sebaik wisel ditiup, Arsenal mula memberi tekanan kepada The Magpies untuk mendapatkan gol awal. Hasilnya, mereka mendahului pada minit ke-18 menerusi gol sendiri Sven Botman.

Pemain-pemain Newcastle berusaha mengeluarkan bola sepakan sudut yang dihantar Bukayo Saka. Malangnya, Botman tertolak bola yang menewaskan penjaga gol, Loris Karius.

Advertisements

The Magpies semakin ketinggalan apabila bintang Jerman, Kai Havertz meledakkan gol kedua tuan rumah pada minit ke-24. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, The Gunners terus ghairah memburu gol dibantu dengan sokongan padu penyokong di Stadium Emirates.

Selepas mencipta nama sebagai penjaring, Havertz bertindak mencipta bantuan gol yang disudahkan Saka pada minit ke-65.

Advertisements

Tiga minit selepas itu, bek tengah Poland, Jakub Kiwior memastikan Arsenal selesa mendahului 4-0 dengan menyudahkan bola yang dihantar Declan Rice.

Newcastle mendapat gol saguhati menerusi bekas pemain tengah Arsenal, Joe Willock pada minit ke-84. Keputusan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan hari ini merupakan kemenangan keenam Arsenal dalam liga untuk tahun 2024. Mengikut statistik yang disebut Match of the Day, pasukan yang mencipta rekod ini berpotensi muncul juara liga pada akhir musim.

Advertisements

Sofascore memilih Saka sebagai pemain terbaik perlawanan atas sumbangannya kepada The Gunners hari ini. Beliau mendapat markah 8.1 mata, 0.3 mata di hadapan Havertz.

Selepas ini, Arsenal bakal menentang Sheffield United di Bramall Lane pada 5 Mac. Manakala The Magpies pula turun untuk aksi The FA Cup menentang Blackburn Rovers di Ewood Park pada 28 Februari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram