Arsenal hampir kalah kepada Liverpool tatkala mencipta satu kebangkitan luar biasa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.
Kedua-dua kelab turun ke Anfield dengan Arsenal memberi penghormatan ‘Guard of Honour’ di awal perlawanan untuk Liverpool yang sudah mengesahkan kejuaraan EPL musim ini.
Kesebelasan terbaik ditampilkan oleh Liverpool dengan Luis Diaz dan Mo Salah berdepan tugas merobek kubu pasukan lawan sementara Arsenal pula diketuai oleh pemain tengah, Martin Odegaard.
Liverpool bermula baik apabila mencetak dua jaringan dalam tempoh selang seminit menerusi Cody Gakpo serta Luis Diaz bagi memberikan kelebihan selesa di awal aksi buat pasukan tuan rumah.
Bersambung babak kedua, pelawat memperoleh gol pertama hasil rembatan pemain sayap Brazil, Gabriel Martinell di minit ke-47 sekaligus menghidupkan peluang untuk The Gunners bangkit.
Pada minit ke-70, Mikel Merino berjaya menceriakan Arsenal dengan jaringan penyamaan hasil tandukan bebas berpunca dari bola muntah yang menewaskan Alisson Becker di pintu gol.
Malang buat Merino apabila dilayangkan kad kuning kedua 9 minit kemudian sekaligus memaksa pelawat mengakhiri aksi dengan hanya 10 orang pemain ketika permainan berbaki 11 minit.
Arsenal cemas seketika apabila Liverpool berhasil mencetak gol ke-3 menerusi percubaan jarak dekat Andrew Robertson namun jaringan tersebut dinafikan oleh pengadil dan penjaga garisan.
Aksi tamat, Liverpool 2-2 Arsenal.