EPL: Arsenal Hampir Dimalukan Fulham
MakanBola
Fulham Football Club
Sponsors

Aksi Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan antara Arsenal dan Fulham yang berlangsung di Emirates Stadium berkesudahan dengan keputusan 2-2.

Perlawanan bermula rancak apabila seawal minit pertama permainan pemain sayap Fulham, Andres Pereira membuka jaringan dengan sepakan bersahaja mengelirukan penjaga gol, Aaron Ramsdale. 

Ad

Tersentak dengan jaringan tersebut, Arsenal cuba menguasai perlawanan namun sehingga separuh masa pertama tiada jaringan yang dapat dihasilkan.

Ad

Separuh masa kedua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta membuat pertukaran pemain iaitu Leandro Trossard, Havertz dan Thomas Partey ditukarkan dengan Edward Nketiah, Fabio Vieira dan Olexandr Zinchenko.

Arsenal kembali merapatkan kedudukan pada minit ke-70 selepas dihadiahkan sepakan penalti. Bukayo Saka berjaya menyempurnakannya.

Ad

Selang beberapa minit sahaja, pemain yang baru sahaja dibawa masuk, Nketiah memberi kelebihan kepada Arsenal apabila berjaya menyudahkan hantaran kemas Fabio Vieira.

Ad

Pada minit ke-82, pertahanan Fulham, Bassey ughelumba dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning yang kedua selepas menjatuhkan Nketiah.

Ad

5 minit sebelum tamat permainan, Fulham berjaya menyamakan kedudukan menerusi J. Palhinha selepas berjaya menanduk masuk umpanan dari sepakan sudut.

Sembilan minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Arsenal 2-2 Fulham.