EPL: Arsenal Mudah Atasi Bournemouth
EPL
Premier League
Advertisements

Mikel Arteta mengetepikan sentimen terhadap rakan lamanya, Andoni Iraola dengan membimbing Arsenal menewaskan Bournemouth di Stadium Vitality hari ini.

Perlawanan EPL hari ini dianggap jejak kasih bagi Arteta dan Iraola. Ini kerana kedua-duanya merupakan rakan sepasukan lama di kelab remaja Basque, Antiguoko lebih 30 tahun lalu.

Bagaimanapun, sebaik wisel babak pertama ditiup, The Gunners bermula dengan garang. Hasilnya, Bukayo Saka meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-16.

Advertisements

Gol tersebut terhasil apabila tandukan Gabriel Jesus hanya menggegar palang gol tuan rumah. Saka lebih pantas menolak bola melepasi jangkauan penjaga gol The Cherries, Neto.

Tersentak dengan gol tersebut, tuan rumah cuba bangkit. Malangnya, terjahan keras Max Aarons ke atas Eddie Nketiah menyaksikan Arsenal dianugerahkan sepakan penalti.

Kapten The Gunners, Martin Odegaard mudah menyempurnakan penalti bagi meletakkan pelawat mendahului 2-0 sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, nasib Bournemouth makin malang apabila pengadil menganugerahkan sepakan penalti kepada pelawat. Ini selepas Ryan Christie yang panik membuat terjahan ke atas Odegaard dalam kotak penalti.

Pemain baru Arsenal dari Jerman, Kai Havertz mudah menewaskan Neto bagi meraih gol sulung beliau musim ini pada minit ke-53.

The Cherries cuba bangkit mendapatkan gol saguhati tetapi gagal. Sebaliknya, Ben White melengkapkan kecemerlangan pelawat dengan gol keempat pada minit ke-93.

Advertisements

Keputusan ini membolehkan The Gunners terus menghambat Manchester City yang masih mendahului EPL biarpun tewas kepada Wolves hari ini.

Sementara Bournemouth pula terus berada di tangga ke-18 liga sambil tertanya-tanya bila mereka akan meraih kemenangan pertama dalam liga musim ini.

Bournemouth selepas ini akan berdepan Everton di Goodison Park pada 7 Oktober. Manakala Arsenal dan City bakal bertembung untuk pertarungan dua pasukan teratas EPL di Stadium Emirates pada 8 Oktober.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram