Advertisements
EPL: Arsenal Mudah Bedil Taring Wolves
EPL
MakanBola
Arsenal

Arsenal mudah mengalahkan cabaran Wolves dilaman sendiri apabila merekodkan kemenangan selesa 2-1.

Bukayo Saka tidak menunggu lama untuk memecah gawang gol Wolves setelah mencetak gol seawal minit ke-6 perlawanan.

Takehiro Tomiyasu memainkan impak penting apabila melakukan hantaran kepada Saka untuk meletakkan Arsenal dihadapan.

Tersentak dengan gol awal, Wolves nyata tidak bersedia dan hilang tumpuan apabila membenarkan Arsenal menjaringkan gol kedua 7 minit kemudian.

Martin Odeegard menyambut baik bola hasil lorongan pertahanan sisi Arsenal, Zinchenko untuk gol kedua perlawanan.

Arsenal jelas menguasai pegangan bola dalam perlawanan ini dan menyukarkan misi Wolves untuk menyerang.

Babak kedua diteruskan dengan beberapa siri berbahaya daripada kedua-dua pasukan untuk menambah bilangan gol.

Arsenal turut merekodkan jumlah percubaan ke arah gawang gol yang lebih tinggi berbanding Wolves.

Wolves bagaimanapun berjaya meraih gol saguhati menerusi Matheus Cunha pada minit ke-85 perlawanan.

Tamat perlawanan, Arsenal menewaskan Wolves 2-1 untuk meraih 3 mata berharga liga.