EPL: Arsenal Terus Mengganas Bangkit Baham Southampton
MakanBola
Arsenal
Sponsors

Arsenal meneruskan rentak cemerlang apabila berjaya menewaskan cabaran Southampton 3-1 dalam saingan Premier League.

Mikel Arteta menggandingkan Kai Havert dan Gabriel Jesus di bahagian serangan pasukan untuk menggempur gawang Southampton.

Ad
Sponsors

Bekas pemain Arsenal, Aaron Ramsdale menjadi penjaga gol utama buat pasukan Southampton dibantu barisan pertahanan seperti Bednarek, Kyle Walker-Peters dan juga Harwood-Bellis.

Ad

Aksi babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan walaupun Arsenal berjaya menguasai pegangan bola hampir 70% ke atas Southampton.

Southampton kemudian mengejutkan pasukan tuan rumah apabila membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi Cameron Archer pada minit ke-55.

Ad

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kai Havertz pantas menghidupkan semangat Arsenal dengan gol penyamaan 3 minit kemudian setelah menerima bola hantaran Bukayo Saka.

Ad

Bukayo Saka terus cemerlang apabila melakukan bantuan jaringan kali kedua pada minit ke-68 dan berjaya disempurnakan oleh Gabriel Martinelli.

Ad

Arsenal yang kini mendahului Southampton dengan jaringan 2-1 sekali lagi menambah duka pelawat menerusi jaringan ketiga perlawanan.

Bukayo Saka akhirnya berjaya mencetak gol peribadi pada minit ke-88 untuk melengkapkan kemenangan bergaya 3-1 Arsenal ke atas Southampton.

Arsenal jelas mendominasi permainan apabila merekodkan 29 percubaan ke atas Southampton dan menguasai 60% pegangan bola.

Skuad kendalian Mikel Arteta seterusnya akan menentang Bournemouth pada 20 Oktober ini manakala Southampton akan melawan Leicester City pada 19 Oktober.

Arsenal kini berada di tangga ketiga liga dengan 17 mata manakala Southampton berada di kedudukan ke-19 dengan hanya 1 mata.

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments