Advertising
EPL: Aston Villa Bangkit Malukan Tottenham Di Laman Sendiri
MakanBola
Premier League

Aston Villa berjaya tewaskan Tottenham di Stadium Tottenham Hotspur dengan jaringan 2-1 untuk merampas tangga keempat liga.

Bintang Korea Selatan, Son Heung-min mengisi peranan penyerang utama Spurs dibantu oleh 3 pemain serangan iaitu Brennan Johnson, Dejan Kulusevski dan Bryan Gil.

Ad

Aston Villa kendalian Unai Emery pula tampil bermain 4-4-2 dimana Ollie Watkins dan Moussa Diaby digandingkan dibahagian serangan.

Ad

Giovanni Lo Celso memecah kebuntuan gol apabila merembat masuk bola hantaran Pedro Porro menerusi sepakan sudut pada minit ke-22.

Spurs jelas menguasai perlawanan pada babak pertama dan lebih kerap melakukan percubaan berbanding Aston Villa.

Ad

Namun semua itu tidak bertahan lama apabila Aston Villa sempat menyamakan kedudukan pada masa tambahan separuh masa pertama.

Ad

Pau Torres berjaya menanduk masuk bola sewaktu Aston Villa melakukan sepakan percuma menerusi Douglas Luis.

Ad

Bersambung babak kedua, giliran Ollie Watkins menjaringkan gol dan meletakkan Aston Villa dihadapan setelah menyempurnakan hantaran Youri Tielemans.

Aston Villa muncul lebih baik pada babak kedua apabila lebih banyak mengatur serangan ke atas Spurs walaupun Spurs memiliki penguasaan bola yang tinggi.

Tamat perlawanan, Aston Villa menewaskan Spurs 2-1 dan kini memintas Spurs untuk berada ditangga keempat liga dengan pungutan 28 mata.