EPL: Bournemouth Leburkan Rekod Tanpa Kalah Arsenal
MakanBola
Premier League
Sponsors

Aksi saingan Liga Perdana Inggeris malam tadi menyaksikan Bournemouth leburkan rekod tanpa kalah Arsenal di laman sendiri dengan keputusan 2-0. 

Skuad kendalian Arteta turun dengan misi penting tiga mata mengekalkan kedudukan teratas liga sementara Bournemouth pula memburu kemenangan keempat EPL musim ini. 

Ad

Selepas setengah jam aksi, pertahanan Arsenal, Wiliam Saliba dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan pemain Bournemouth. 

Ad

Separuh masa pertama tamat tanpa jaringan, Arsenal berjaya mengekang asakan daripada Bournemouth dengan 10 pemain. 

Pada minit ke-70, usaha tidak mengkhianati hasil apabila akhirnya Bournemouth berjaya membuka jaringan pertama menerusi pemain gantian Ryan Christie. 

Ad

Selang 9 minit aksi, Bournemouth terus menghukum Arsenal apabila Justin Kluivert menggandakan jaringan kedua pasukan menerusi sepakan penalti.

Ad

The Gunners tewas buat kali pertama selepas 7 perlawanan. Ketika ini, Arsenal berada di tangga ketiga liga dengan 17 mata sementara Bournemouth ditangga kesepuluh dengan 11 mata.