EPL: Bournemouth Malukan Arsenal Kali Kedua
MakanBola
Arsenal
Sponsors

Bournemouth buat Arsenal kecewa lagi apabila menewaskan pasukan itu 2-1 di Stadium Emirates.

Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri mahu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengurus The Gunners, Mikel Arteta. Ini kerana mereka mahu membalas dendam kekalahan kepada lawan sama pada Oktober 2024.

Ad
Sponsors

Meskipun bakal berdepan Paris Saint-Germain (PSG) untuk aksi separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL), Arsenal hanya membuat dua pertukaran.

Evanilson kembali dalam kesebelasan utama The Cherries selepas kad merahnya ketika menentang Manchester United dibatalkan.

Ad

Separuh masa pertama menyaksikan Arsenal cuba mencari gol awal menerusi Bukayo Saka, Gabriel Martinelli dan Leandro Trossard.

Ad

Situasi ini memaksa barisan pertahanan pelawat diketuai penjaga gol Sepanyol, Kepa Arrizabalaga sentiasa berjaga-jaga dengan ancaman tuan rumah.

Ad

Bournemouth hampir mendahului menerusi Evanilson pada minit ke-23. Malangnya, tandukan beliau hanya melepasi palang gol.

Declan Rice menceriakan kem The Gunners dengan gol pendahuluan pada minit ke-34. Selepas berjaya melepasi pertahanan The Cherries, beliau mudah menolak bola melepasi Arrizabalaga.

Bournemouth cuba bangkit tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung selepas rehat, The Cherries menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan tetapi gagal membuahkan hasil.

Situasi ini mendorong jurulatih Bournemouth, Andoni Iraola memasukkan Antoine Semenyo untuk menambah ketajaman di bahagian serangan.

Hasilnya, bek tengah muda Sepanyol, Dean Huijsen menanduk bola yang menewaskan rakan senegara, David Raya pada minit ke-65.

10 minit kemudian, giliran Evanilson mencetak nama sebagai penjaring. Meskipun dibantah pemain Arsenal atas alasan penyerang Brazil itu menggunakan siku, VAR mengesahkan jaringan beliau.

The Gunners cuba bangkit tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Arsenal kini resah kerana mereka hanya dipisahkan tiga mata dengan Manchester City yang menduduki tempat ketiga.

Bournemouth pula merapatkan jurang mata mereka dengan pasukan di tempat ketujuh, Aston Villa kepada tujuh mata. Sofascore memilih Rice sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.0.

Selepas ini, Arsenal akan menentang PSG pada 8 Mei. Bournemouth pula akan berdepan Villa pada 11 Mei.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments