EPL: Tottenham Hotspur Atasi Cabaran Brighton
EPL
EPL
Advertisements

Pemain sayap muda, Brennan Johnson memacu kelab utara London, Tottenham Hotspur meraih kemenangan 2-1 ke atas Brighton and Hove Albion di Stadium Tottenham Hotspur.

Spurs berharap dapat meneruskan rekod empat perlawanan tanpa kalah dalam liga sejak tewas kepada lawan sama pada penghujung Disember 2023.

Sementara The Seagulls pula ingin meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan musuh ketat mereka, Crystal Palace 4-1 pada minggu lepas.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan tuan rumah bernasib malang apabila bek tengah Belanda, Micky van der Ven dikesan menjatuhkan bekas penyerang Manchester United, Danny Welbeck dalam kotak penalti pada minit ke-16.

Penalti tersebut mudah disempurnakan pemain tengah Jerman, Pascal Gross seminit selepas itu bagi meletakkan pelawat di hadapan.

Tottenham cuba bangkit mendapatkan jaringan penyamaan tetapi usaha mereka tidak berhasil. Kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, tuan rumah yang dibimbing Ange Postecoglou terus menggandakan serangan bagi mendapatkan gol penyamaan.

Hasilnya, Pape Matar Sarr memastikan Spurs mengikat kedudukan 1-1 menerusi gol pada minit ke-61.

Kedua-dua pasukan kemudiannya membuat beberapa pertukaran untuk mengubah momentum perlawanan. Salah seorang pemain yang membuat kemunculan sebagai pemain gantian ialah Son Heung-min.

Advertisements

Kapten Korea Selatan itu memastikan kemenangan Tottenham dengan membuat hantaran yang mudah disempurnakan Brennan Johnson pada minit ke-95. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Spurs menghampiri Aston Villa yang menduduki tangga keempat liga dengan perbezaan satu mata.

Sementara Brighton pula jatuh ke tangga kelapan liga dengan 35 mata. Sofascore memilih James Maddison (Spurs) dan Gross (Brighton) sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 7.8 mata.

Advertisements

Selepas ini, Tottenham bakal berdepan Wolves pada 17 Februari ini. Manakala The Seagulls pula bakal bertandang ke Bramall Lane untuk menentang Sheffield United pada 18 Februari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram