EPL: Brighton Belasah Manchester United
MakanBola
Paul Ellis – Getty Images
Sponsors

Kelab pertengahan Liga Perdana Inggeris, Brighton malukan Manchester United dengan kemenangan besar 4-0 di Stadium Falmer, Brighton.

Jaringan masing-masing Caisedo, Cucurella, Pascal Grob, dan Trossard sudah cukup buat pasukan yang baru dipromosikan ke saingan Liga Perdana pada musim lepas menyeksa kem Manchester United yang suram dan kelam.

Ad

Manchester United yang kini berbaki 1 lagi perlawanan sah terlepas saingan Liga Juara-juara UEFA untuk musim hadapan dan kini turut berisiko untuk gagal menempatkan diri dalam saingan ke-2 tertinggi kelab Eropah, Liga Europa.

Ad

Selepas 37 perlawanan, Manchester United hanya menang 16 kemenangan, 10 seri dan 11 kekalahan sekaligus menjadi antara musim terburuk kelab gergasi Eropah berkenaan sejak pemergian Alex Ferguson 10 tahun lalu.

Manchester United bakal bertandang ke Crystal Palace 22 Mei ini untuk melengkapkan musim penuh suram Liga Perdana Inggeris The Red Devils.

Ad