EPL: Burnley Ikat Chelsea Dengan 10 Pemain
MakanBola
Premier League
Sponsors

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan diantara Chelsea menentang Burnleybyang berakhir dengan keputusan 2-2.

Seawal minit permainan, kedua dua buah pasukan cuba untuk menguasai perlawanan. 

Ad

Pada minit ke-22 permainan, jaringan yang dijaringkan oleh pertahanan Chelsea, Axel Disasi dibatalkan kerana terkena tangan.

Ad

Skuad kendalian Mauricio Pochettino terus memberi asakan bertali arus. Akhirnya pada minit ke-44, Chelsea mendapat sepakan penalti selepas Mudryk dijatuhkan. Pertahanan Burnley, Lorenz Assignon dilayangkan kad merah. 

Ayam tambatan The Blues, Cole Palmer mudah menyempurnakan sepakan penalti sekaligus membuka jaringan pertama pasukan.

Ad

Dua minit separuh masa kedua bermula, Burnley berjaya menyamakan kedudukan menerusi Josh Cullen yang melakukan rembatan luar kotak menewaskan penjaga gol Chelsea, Petrovic.

Ad

Pada minit ke-78, Cole Palmer sekali lagi menjaringkan gol kedua pasukan selepas mudah menyempurnakan ‘flick’ kemas daripada Raheem Sterling. 

Burnley tindak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi Dara O’Shea menerusi tandukan deras dari sudut sepakan penjuru pada minit ke-81 permainan.

Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Chelsea 2-2 Burnley.