EPL: Burnley Merana Jadi Mangsa Kenduri Gol Arsenal
EPL
Arsenal FC
Advertisements

Burnley merekodkan kekalahan yang memalukan kepada pasukan Arsenal walaupun beraksi di laman sendiri, Stadium Turf Moor.

Arsenal turun dengan misi meraih 3 mata berharga untuk mengejar Liverpool dalam perebutan tangga pertama liga manakala Burnley sedang bergelut untuk keluar daripada kelompok tiga tercorot liga.

Martin Odegaard membuka akaun jaringan untuk Arsenal apabila menjaringkan gol pada minit ke-4 permainan.

Advertisements

Skuad kendalian Mikel Arteta kemudian dihadiahkan sepakan penalti apabila Leandro Trossard dikasari dalam kawasan kotak penalti pada minit ke-39.

Bukayo Saka tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk memberikan gol kedua Arsenal sebelum tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Saka sekali lagi menjaringkan gol ketika permainan baru bermula dua minit setelah menerima bola hantaran Odegaard.

Advertisements

Giliran Leandro Trossard pula menjaringkan gol pada minit ke-66 sekali gus meletakkan Arsenal selesa dihadapan dengan 4 gol berbalas kosong.

Kai Havertz menambah duka pasukan kendalian Vincent Kompany apabila menjaringkan gol kelima Arsenal pada minit ke-78.

Arsenal jelas mendominasi perlawanan ini berbanding Burnley apabila merekodkan lebih banyak pegangan bola dan percubaan ke arah gol.

Advertisements

Tamat perlawanan, Arsenal gah kenduri gol di tempat lawan apabila menewaskan Burnley dengan jaringan 5-0.

Arsenal kini berada ditangga kedua liga dengan mengumpul 55 mata manakala Liverpool berada dipuncak liga dengan mengumpul 57 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram