EPL: Chelsea Bekerja Keras Tewaskan Newcastle United
EPL
Premier League
Advertisements

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris pagi ini menyaksikan pertembungan antara Chelsea dan Newcastle yang berakhir dengan keputusan 3-2. 

Perlawanan bermula rancak, Chelsea berjaya memecah kebuntuan gol seawal 6 minit permainan menerusi Nicolas Jackson.

Pada minit ke-42, Newcastle United kembali menyamakan kedudukan menerusi penyerang, Aleksandar Isak yang berjaya merembat masuk menewaskan penjaga gol Chelsea, Petrovic.

Advertisements

Chelsea kembali menjarakkan kedudukan menerusi Cole Palmer apabila rembatan derasnya dari luar kotak berjaya menewaskan penjaga gol, Martin Dubravka.

Pada minit ke-75 permainan, peman gantian Mykhaylo Mudryk menggandakan jaringan ketiga buat Chelsea selepas berjaya melepasi hadangan pertahanan sekaligus melalukan rembatan ke arah gawang gol.

Newcastle United memberi asakan demi asakan, akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua buat pasukan menerusi Jacob Murphy pada minit ke-90 permainan.

Advertisements

Enam minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Chelsea raih tiga mata penuh di laman sendiri, Stamford Bridge.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram