EPL: Chelsea ‘Cemas’ Sebelum Tundukkan Luton Town
MakanBola
EPL
Sponsors

Dua jaringan lewat Luton Town hampir membuatkan Chelsea terkedu dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Pada aksi yang berlangsung di Kenilworth Road itu, Chelsea jelas mendominasi permainan berbanding pasukan tuan rumah dari wisel permulaan dibunyikan.

Ad

Hasilnya, anak-anak buah Mauricio Pochettino itu berjaya mendahului perlawanan menerusi tendangan kaki kiri pemain tengah, Cole Palmer seawal minit ke-12.

Ad

Luton cuba bangkit selepas itu untuk mencari gol penyamaan, sebaliknya Chelsea terus cemerlang menggandakan jaringan menerusi rembatan kencang Noni Madueke pada minit ke-37.

Keputusan Luton Town 0-2 Chelsea kekal sehingga separuh masa pertama berakhir.

Ad

Aksi di permulaan babak kedua dilihat sedikit perlahan dengan kedua-dua pasukan lebih banyak memegang bola di kawasan sendiri.

Ad

Pada minit ke-70, Cole Palmer terus membuktikan potensi sebenar beliau dengan gol ketiga The Blues hasil lorongan Nicolas Jackson. Ini merupakan jaringan kedua peribadi beliau dalam perlawanan ini dan jaringan kelapan beliau dalam liga.

Usaha tuan rumah untuk mencari gol akhirnya berhasil menerusi bekas pemain Chelsea, Ross Barkley yang menanduk cantik sepakan penjuru 10 minit sebelum permainan tamat.

Tujuh minit berselang, Luton merapatkan kedudukan kepada 2-3 selepas Elijah Adebayo menyumbang gol kedua pasukan sekaligus menceriakan penyokong tuan rumah.

Tambahan masa 6 minit tidak cukup buat Luton mencari jaringan penyamaan sekaligus menamatkan perlawanan dengan keputusan Luton Town 2-3 Chelsea.

Aksi liga seterusnya menyaksikan Chelsea bakal melayani kunjungan Fulham manakala Luton Town akan berdepan satu lagi pasukan di zon penyingkiran, Burnley di tempat lawan.