EPL: Chelsea Jadikan Manchester United ‘Lauk Sahur’
EPL
Chelsea FC
Advertisements

Chelsea pamer keajaiban apabila bangkit mengecewakan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada pagi Jumaat.

Kedua-dua pasukan turun ke Stamford Bridge dengan misi meraih tiga mata maksimum setelah sekadar seri menentang lawan masing-masing pada perlawanan sebelum ini.

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi penyudah kapten pasukan, Conor Gallagher yang gagal diselamatkan penjaga gol, Andre Onana seawal minit keempat.

Advertisements

Ayam tambatan Chelsea, Cole Palmer kemudiannya menambah duka United apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pengadil setelah Antony melakukan kekasaran ke atas Marc Cucurella pada minit ke-18 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Anak-anak buah Erik ten Hag berjaya merapatkan kedudukan menjadi 2-1 pada minit ke-34 menerusi pemain sayap, Alejandro Garnacho yang memanfaatkan kesilapan Moises Caicedo sebelum tenang melepaskan rembatan leret menewaskan penjaga gol Chelsea.

Lima minit kemudian, Bruno Fernandes berjaya menyamakan kedudukan buat United menerusi tandukan padu hasil hantaran lintang Diogo Dalot dari sebelah kanan gawang Chelsea.

Advertisements

Kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Kembali dari rehat, kedua-dua pasukan tampil lebih bertenaga bagi mencari jaringan ketiga dan usaha Manchester United tampak berhasil apabila berjaya mendahului buat kali pertama menerusi Alejandro Garnacho yang menanduk cantik hantaran Antony pada minit ke-67.

Ketika permainan seakan berakhir dengan kemenangan memihak United, Chelsea sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti dan Cole Palmer tenang menjaringkan gol penyamaan buat The Blues pada masa kecederaan.

Advertisements

Seminit berselang, Cole Palmer muncul wira tuan rumah dengan jaringan keempat dan ketiga peribadinya buat Chelsea sekaligus melengkapkan kemenangan dramatik pasukannya ke atas Manchester United.

Tamat 90 minit permainan, Chelsea 4-3 Manchester United.

Tiga mata yang diperoleh daripada perlawanan ini menyaksikan kedudukan Chelsea melonjak ke tangga kesepuluh dengan 43 mata manakala Manchester United kekal di tempat keenam dengan 48 mata.

Advertisements

Aksi liga seterusnya menyaksikan Chelsea bakal bertandang ke Bramall Lane untuk menentang Sheffield United manakala Manchester United akan berdepan ujian getir menentang pendahulu liga, Liverpool di Old Trafford pada Ahad.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram