EPL: Brighton Beri Chelsea Peluang Kembali Catat Kemenangan
EPL
Premier League
Advertisements

Dua jaringan daripada Enzo Fernandez berjaya membantu Chelsea kembali menemui rentak kemenangan meskipun bermain dengan 10 orang pemain apabila membenam cabaran Brighton and Hove Albion di Stamford Bridge.

Chelsea yang mengalami kekalahan pada perlawanan menentang Newcastle United minggu lalu ingin bangkit meraih tiga mata untuk memperbaiki kedudukan mereka di carta Liga Perdana Inggeris.

Chelsea membuka tirai jaringan menerusi pemain tengahnya, Enzo Fernandez yang menanduk masuk bola hantaran Benoit Badiashile pada minit ke-17.

Advertisements

Belum sempat Brighton bangkit mencari rentak permainan, gol kedua Chelsea hadir apabila tandukan Levi Colwill disahkan melepasi garisan gol oleh pengadil sekaligus menceriakan para penyokong The Blues.

Brighton kembali mengatur permainan mereka dan akhirnya jaringan yang dicari hadir menerusi pemain muda, Facundo Buonanotte yang melepaskan rembatan cantik dari sebelah kiri gawang gol Chelsea.

Malang menimpa anak-anak buah Mauricio Pochettino apabila terpaksa bermain dengan 10 orang pemain setelah kapten pasukan, Conor Gallagher dilayangkan kad kuning kedua sebelum babak pertama berakhir.

Advertisements

Separuh masa berakhir, Chelsea 2-1 Brighton and Hove Albion.

Bersambung babak kedua, Chelsea yang lebih banyak bertahan berjaya melebarkan jurang jaringan apabila Enzo Fernandez menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-65 untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Brighton yang kini berada di tangga kesembilan liga cuba merangka serangan bertali arus ke kawasan Chelsea namun barisan pertahanan yang dikemudi Thiago Silva terus kebal bertahan.

Advertisements

Usaha Brighton untuk merapatkan jaringan akhirnya berhasil apabila tandukan Joao Pedro menewaskan penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez sekaligus kembali membuatkan para penyokong Chelsea cemas pada masa kecederaan.

Namun, semuanya sudah terlambat apabila pengadil meniup wisel menamatkan permainan yang berkesudahan 3-2 memihak pasukan Chelsea.

Selepas ini, Chelsea akan berkunjung ke Old Trafford untuk berdepan cabaran Manchester United manakala Brighton and Hove Albion akan menentang Brentford di laman sendiri.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram