Advertising
EPL: Chelsea Kenduri Gol Baham West Ham
MakanBola
Chelsea

Chelsea menghidupkan peluang untuk beraksi di pentas eropah selepas mencatatkan kemenangan besar ke atas West Ham United di Stamford Bridge sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan Chelsea mempertaruhkan Nicolas Jackson sebagai peledak manakala West Ham pula meletakkan harapan yang tinggi kepada pemain veteran, Michail Antonio.

Ad

Perlawanan dimulakan dengan Chelsea mempamerkan pengusaaan bola menyeluruh di awal permainan dan memaksa West Ham lebih fokus untuk bertahan.

Ad

Selepas serangan demi serangan yang dilancarkan, Chelsea memperoleh jaringan pertama pada minit ke-14 melalui penyudah Cole Palmer.

Chelsea meneruskan serangan demi serangan untuk mendapatkan gol tambahan dan hasrat itu tercapai selepas Conor Gallagher meledak jaringan kedua buat Chelsea pada minit ke-30 melalui rembatan deras jarak dekat. Chelsea di hadapan 2-0.

Ad

Kedudukan 2-0 itu hanya bertahan 5 minit selepas Chelsea sekali lagi menjarakkan kedudukan selepas Noni Madueke meledak gol ketiga yang bermula dari sepakan sudut.

Ad

Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan 3-0 memihak Chelsea.

Ad

Bersambung babak kedua, Chelsea meneruskan rentak menyerang dengan beberapa gerak seragan yang pantas.

Hasilnya, pada minit ke-48, Nicolas Jackson berjaya menemui sentuhan jaringan selepas menyudahkan umpanan daripada Noni Madueke. Chelsea mendahului 4-0.

Ketinggalan empat jaringan, West Ham mula mengatur strategi berlainan dengan membawa masuk penyerang berpengalaman Danny Ings bagi merapatkan jurang gol.

Strategi itu nyata tidak berhasil selepas Chelsea menutup pesta jaringan sekali lagi menerusi sentuhan Nicolas Jackson pada minit ke-80 selepas pemyerang kebangsaan Senegal itu menyudahkan hantaran lolos daripada Moses Caicedo.

Keputusan 5-0 itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan sekali gus memberikan tambahan tiga mata buat Chelsea.

Kemenangan itu membolehkan Chelsea naik satu anak tangga ke kedudukan ke-7 liga memintas Manchester United yang kini jatuh ke kedudukan ke-8.