EPL: Chelsea Lesu, Seri Bertemu Brentford
MakanBola
Premier League
Sponsors

Aksi saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan Chelsea bertemu Brentford berakhir dengan keputusan seri.  

The Blues dalam misi memburu tiga mata penuh untuk terus kekal kelompok empat teratas carta liga sementara Brentford mahu masuki tangga ke-10 liga.

Ad

Chelsea turun tanpa dua bintang utama di bahagian serangan, Cole Palmer dan Nicolas Jackson.

Ad

Separuh masa pertama tamat tanpa sebarang jaringan. Tuan rumah, Brentford hanya menguasai 48 peratus permainan dan Chelsea 58 peratus.

Brentford berjaya membuat enam sepakan ke arah gawang gol dengan satu sepakan tepat sementara Chelsea hanya membuat empat dan dua sepakan tepat.

Ad

Separuh masa kedua bermula, dua bintang Chelsea, Cole Palmer dan Nicolas Jackson dimasukkan menggantikan Dewsbury Hall dan Nkunku. 

Ad

Pada minit ke-79, Brentford hampir membuka jaringan pertama menerusi serangan balas dengan sepakan deras dalam kotak dari Mbeumo, namun penjaga gol Chelsea, Sanchez lebih bersedia.

Keputusan kekal tanpa sebarang jaringan hingga masa permainan tamat, Brentford 0-0 Chelsea. 

Ketika ini, Chelsea berada di tangga ke-4 Liga dengan 53 mata dan Brentford kekal di tangga ke-12 dengan 42 mata. 

Selepas ini, Chelsea akan berdepan Ipswich Town dan Brentford bertemu Arsenal pada 13 April, Ahad minggu hadapan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments