Ads
EPL
Premier League

Chelsea mempamerkan aksi yang mantap untuk membenam Sheffield United di laman sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada Sabtu.

Advertisements

Chelsea yang turun tanpa Enzo Fernandez dan Robert Sanchez di kesebelasan utama dilihat jelas sekali mendominasi perlawanan seawal minit pertama permainan.

Advertisements

Sheffield United juga sesekali menghadirkan resah kepada benteng Chelsea terutamanya menerusi percubaan Cameron Archer pada minit ke-23 namun sedikit tersasar.

Advertisements

Advertisements

Beberapa gerakan menarik diatur akan tetapi ketumpulan jentera serangan Chelsea yang dikemudi Nicolas Jackson amat mengecewakan pasukan tuan rumah.

Tiada jaringan dapat dihasilkan kedua-dua pasukan sehingga tamat separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Cole Palmer membuka tirai jaringan pada minit ke 53 selepas menyambar hantaran lintang pemain sayap, Raheem Sterling.

Chelsea terus mengasak dan akhirnya jaringan kedua berjaya dihasilkan menerusi Nicolas Jackson yang memanfaatkan situasi kelam kabut di dalam kotak penalti enam minit kemudian.

Penjaga gol Chelsea, Djordje Petrovic yang melakukan penampilan pertamanya di Stamford Bridge juga beraksi cemerlang menafikan sepakan percuma pemain Sheffield United, Ben Hamer.

Beberapa peluang dimiliki Chelsea untuk menjadikan kedudukan lebih selesa namun penjaga gol Sheffield United mempamerkan prestasi yang baik untuk menyelamatkan gawang pasukannya.

Tamat 90 minit permainan menyaksikan Chelsea memperoleh tiga mata setelah menewaskan Sheffield United 3-0.

Advertisements

Selepas ini, Chelsea akan bertandang ke gelanggang Wolverhampton Wanderers manakala Sheffield United akan berdepan cabaran Aston Villa di Villa Park.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram