Ads
EPL: Chelsea Rampas Kedudukan Kedua, Bedil West Ham
EPL
Premier League

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini menyaksikan Chelsea terus mengekalkan rentak kemenangan menewaskan West Ham dengan keputusan 3-0.

Advertisements

Pemain terbaharu Chelsea, Jadon Sancho terus diberi kepercayaan membarisi kesebelasan utama selepas aksi memukau minggu lepas. 

Advertisements

Sementara, skuad kendalian Julen Lopetegui mahu mencari kemenangan kedua dalam saingan EPL musim ini. 

Advertisements
Advertisements

Seawal empat minit pertama, Chelsea membuka jaringan menerusi Nicolas Jackson selepas mudah menyempurnakan hantaran kemas Jadon Sancho.

Pada minit ke-18 permainan, Nicolas Jackson sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring kedua The Blues sekaligus melebarkan perbezaan jaringan. 

Advertisements

Lantas dari itu, pada ke-38 permainan, West Ham membuat pertukaran mengeluarkan pemain tengah, Guido Rodriguez dengan memasukkan Thomas Soucek. 

Separuh masa pertama tamat, West Ham 0-2 Chelsea

The Blues terus garang apabila Cole Palmer menghadiahkan gol ketiga buat pasukan pada minit ke-47 permainan selepas menerima lorongan baik dari Nicolas Jackson.

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Chelsea peroleh kemenangan ketiga musim ini.

Advertisements

Chelsea ketika ini menghuni tangga kedua liga dengan 10 mata berbeza dua mata dengan pendahulu liga, Manchester City. Sementara West Ham di tangga ke-14 liga dengan 4 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram