Advertisements
EPL: Chelsea Sekat Hajat Kemenangan Arsenal
EPL
MakanBola
Premier League

Aksi saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan Chelsea menentang Arsenal yang berakhir dengan keputusan seri di Stadium Stamford Bridge. 

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama yang terbaik, skuad kendalian Arteta diperkuatkan dengan kehadiran ketua pasukan, Martin Odegaard yang baru pulih. 

Selepas setengah jam aksi, The Gunners membuka jaringan menerusi Kai Havertz, namun disahkan tidak gol kerana beliau berada dalam kedudukan ofsaid.

Penguasan permainan lebih memihak kepada Arsenal dengan 52 peratus sementara tuan tumah, Chelsea 48 peratus. Separuh masa pertama tamat tanpa sebarang jaringan. 

Pada minit ke-60 permainan, pemain sayap Arsenal, Gabriel Martinelli membuka jaringan pertama pasukan selepas mudah menyempurnakan hantaran bijak dari Martin Odegaard.

Selepas 10 minit aksi, Chelsea tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi Pedro Neto dengan rembatan deras dari luar kotak menewaskan penjaga gol Arsenal, David Raya.

Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Chelsea 1-1 Arsenal.

Chelsea dan Arsenal berkongsi 19 mata bersama di tangga ketiga dan keempat Liga. Selepas ini, Chelsea akan bertemu Leicester City dan Arsenal berdepan Nottingham Forest pada 23 November ini.