Crystal Palace berjaya mengikat Manchester United tanpa jaringan dalam aksi di Stadium Selhurst Park.
Erik Ten Hag menurunkan barisan pemain hebat seperti de Ligt, Lisandro Martinez, Alejandro Garnacho, Bruno Fernandes dan Joshua Zirkee.
Crystal Palace pula menggandingkan Eberechi Eze, Eddie Nketiah dan Mateta di bahagian jentera serangan pasukan.
United hampir meraih gol pertama pada minit ke-10 menerusi percubaan Garnacho namun ketangkasan Henderson selaku penjaga gol berjaya menidakkan percubaan tersebut.
Zirkee turut mempunyai peluang keemasan pada minit ke-42 tetapi sempat dihalang Deam Henderson.
Bersambung babak kedua, giliran penjaga gol United iaitu Onana mempamerkan aksi cemerlang apabila menyelamatkan dua percubaan daripada pemain Crystal Palace.
Perlawanan tamat dengan kedua-dua pasukan berpuas hati meraih satu mata berharga setelah terikat 0-0.
United merekodkan 15 percubaan ke gawang gol lawan manakala Crystal Palace merekodkan 9 percubaan.
United seterusnya akan bertemu Twente pada 26 September bagi aksi Liga Europa manakala Crystal Palace akan menentang Everton bagi aksi liga pada 28 September kelak.