Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini menyaksikan pertembungan diantara Chelsea menentang Crystal Palace yang berakhir dengan keputusan seri.
The Blues turun dengan misi tiga mata berharga apabila beraksi di laman sendiri sementara Crystal Palace masih mencari kemenangan pertama di EPL.
Chelsea berjaya mendahului separuh masa pertama dengan jaringan daripada Nicolas Jackson pada minit ke-25 permainan, 1-0 Crystal Palace.
Separuh masa kedua bermula, beberapa serangan yang dilakukan pasukan pelawat hampir membuahkan hasil.
Akhirnya, pada minit ke-53 permainan, ayam tambatan Cyrstal Palace, Eberechi Eze menyamakan kedudukan dengan sepakan ‘placing’ menewaskan penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez.
Lapan minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Chelsea 1-1 Crystal Palace di Stadium Stamford Bridge, London.
Selepas ini, The Blues akan berdepan Bournemouth pada 15 September dan Crystal Palace bakal berjumpa dengan Leicester City pada 14 September ini selepas tamat aksi persahabatan antarabangsa.