EPL: Erling Haaland Muncul Wira Manchester City Benam Everton
EPL
EPL
Advertisements

Manchester City meraih kemenangan berharga ke atas Everton untuk merampas takhta liga dari Liverpool.

Anak buah Pep Guardiola gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat ke atas Everton pada babak pertama sekali gus terikat seri tanpa jaringan.

Bermula babak kedua, City mengasak dengan lebih kerap ke arah gawang gol Everton namun mereka bergelut untuk menguji penjaga gol Jordan Pickford.

Advertisements

Jaringan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila penyerang sensasi, Erling Haaland menjaringkan gol pertama City pada minit ke-71.

Situasi yang berpunca daripada sepakan sudut menyaksikan Branthwaite gagal mengeluarkan bola dari kawasan kotak penalti sekali gus memberikan peluang kepada Haaland untuk menjaringkan gol.

Haaland sekali lagi menambah duka Everton apabila menyempurnakan bola hantaran Kevin De Bruyne untuk gol kedua City pada minit ke-85.

Advertisements

City jelas mendominasi penguasaan bola berbanding Everton dan turut melakukan banyak percubaan namun mereka harus menunggu hingga minit ke-71 untuk mencatatkan percubaan tepat ke arah gawang gol.

Tamat perlawanan, Manchester City menewaskan Everton dengan jaringan 2-0 untuk meraih 3 mata berharga dan kink menghuni tangga pertama liga dengan kutipan 52 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram