EPL: Magis Erling Haaland Pastikan Manchester City Belasah Wolves
EPL
Premier League
Advertisements

Manchester City meneruskan rentak kemenangan mereka untuk mendaki tangga teratas liga apabila mudah membelasah Wolves dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad.

Pep Guardiola menurunkan kesebelasan terbaik yang dimiliki dengan gandingan Erling Haaland dan Kevin De Bruyne diberi peranan untuk merobek gawang gol Wolves.

Manakala Wolves tampil dengan formasi 3-5-2 sambil mengharapkan duo serangan Matheus Cunha dan Hwang Hee-chan mampu untuk melakukan serangan balas oantas bagi memerangkap pertahanan tuan rumah.

Advertisements

Seawal minit ke-12, City sudah di hadapan apabila sepakan penalti yang diberikan oleh pengadil mudah disempurnakan oleh Haaland untuk gol ke-22 bagi dirinya pada musim ini.

Tidak cukup sekadar itu, The Citizens terus merangka pelan bagi menambah gol dan hasilnya Haaland sekali lagi meledak gol menerusi tandukan yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang Wolves, Jose Sa pada minit ke-35.

Advertisements

Sebelum rehat, penyerang kebangsaan Norway itu terus mencipta nama sebagai penjaring buat City apabila buat kali kedua berjaya menyudahkan sepakan penalti setelah beliau dikasari oleh pertahanan lawan.

Separuh masa pertama tamat, Manchester City 3-0 Wolves.

Advertisements

Kembali dari rehat, Wolves mula mendapatkan rentak permainan dan berjaya menjaringkan gol pertama menerusi pemain Korea Selatan, Hwang Hee-chan pada minit ke-53.

Seminit kemudian, City terus menambah luka pelawat dengan gol keempat melalui Haaland sekaligus mematikan api semangat yang mula bertiup kencang dalam diri pemain Wolves.

Advertisements

Ketika permainan seakan berakhir dengan keputusan 4-1, pemain gantian, Julian Alvarez melengkapkan malam gemilang buat Manchester City dengan gol kelima pasukan lima minit sebelum aksi tamat.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 5-1 memihak tuan rumah.

Kemenangan ini meletakkan City kekal di tangga kedua dengan 82 mata, satu mata di belakang di Arsenal yang memimpin carta liga namun anak didik Pep Guardiola kekurangan satu perlawanan.

Aksi liga seterusnya menyaksikan Manchester City bakal bertandang ke kota London untuk berhadapan dengan Fulham manakala Wolves akan menerima kunjungan Crystal Palace di gelanggang sendiri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram