EPL: Gol Kontroversi Bantu West Ham Tewaskan Arsenal
EPL
West Ham United
Advertisements

Arsenal terlepas peluang merampas semula kedudukan pendahulu liga daripada Liverpool apabila tunduk 2-0 kepada musuh setempat, West Ham United di Stadium Emirates.

Selepas Liverpool mendahului liga susulan kejayaan mereka mengalahkan Burnley, The Gunners perlu menang jika ingin kembali bertakhta di persada liga.

Sementara The Hammers pula ingin meneruskan momentum selepas mengalahkan Manchester United di Stadium London pada minggu lalu.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Arsenal tampil garang sebaik wisel permulaan ditiup pengadil. Malangnya, usaha mereka kerap digagalkan barisan pertahanan West Ham diketuai kapten, Angelo Ogbonna.

Sebaliknya, pelawat pula yang mendahului pada minit ke-13 menerusi Tomas Soucek. Gol ini dianggap kontroversi kerana bola yang dihantar Jarrod Bowen didakwa sudah terkeluar daripada garisan padang sebelum disudahkan oleh Soucek.

Gol tersebut mirip kepada insiden sama yang membawa kepada gol Newcastle United yang menewaskan Arsenal pada 5 November lalu.

Advertisements

Pembantu pengadil video (VAR) membenarkan gol tersebut selepas gagal menemui apa-apa aspek yang menyebabkan gol tersebut dibatalkan. Tersentak, Arsenal cuba bangkit tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, The Hammers sekali lagi mengejutkan tuan rumah dengan menggandakan kelebihan mereka kepada 2-0.

Bekas bek tengah Arsenal, Kostantinos Mavropinos memastikan kemenangan milik West Ham dengan gol pada minit ke-55.

Advertisements

The Gunners terus menggandakan serangan tetapi semua percubaan mereka terus dipatahkan penjaga gol West Ham, Alphonse Areola.

Tuan rumah menyangka mereka bernasib malang apabila West Ham dianugerahkan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan.

Bagaimanapun, pemain gantian, Said Benrahma terlepas peluang menambah gol ketiga pelawat. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan The Gunners kekal di tangga kedua EPL dengan 40 mata. Sementara West Ham memintas United ke tangga keenam liga dengan 33 mata.

Sofascore memilih Areola sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini dengan markah 8.8 mata.

Selepas ini, Arsenal bakal menentang Fulham di Craven Cottage pada 31 Disember ini. Manakala The Hammers pula menentang Brighton pada 3 Januari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram