Advertising
EPL: Gol Minit Akhir Bantu Manchester United Tumbangkan Wolves
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Wolves dilanda malang apabila jaringan pemain muda Manchester United di minit akhir perlawanan bantu mereka pulang dengan tiga mata dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada pagi Jumaat.

Manchester United bermula garang dengan mendahului dua gol di awal permainan melalui jaringan Marcus Rashford dan Rosmus Hojlund, masing-masing pada minit ke-5 dan minit ke-22.

Ad

Keputusan Wolves 0-2 Manchester United kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Ad

Momentum di separuh masa kedua mula berubah apabila Wolves merapatkan kedudukan menerusi gol Pablo Sarabia pada minit ke-71.

Ad

The Red Devils tidak mengalah dan terus mengasak, hasilnya pemain gantian, Scott McTominay berjaya menyumbat gol ketiga pelawat empat minit kemudian.

Ad

Max Kilman cemerlang mencetak nama sebagai penjaring gol kedua Wolves pada minit ke-85 sebelum Pedro Neto menyamakan kedudukan 3-3 di masa kecederaan sekaligus menceriakan penyokong tuan rumah.

Ad

Ketika perlawanan seakan bakal tamat dengan keputusan seri, Kobbie Mainoo menjadi wira Man United dengan gol keempat hasil bantuan Omari Forson di lewat permainan.

Kedudukan Wolves 3-4 Man United kekal sehingga tamat permainan.

Aksi liga seterusnya menyaksikan Wolves bakal bertandang ke Stamford Bridge bagi pertemuan dengan Chelsea manakala Manchester United akan menerima kunjungan West Ham United.