EPL: Gol Minit Akhir Darwin Nunez Bantu Liverpool Atasi Nottingham Forest
EPL
Liverpool FC
Advertisements

Liverpool berjaya menewaskan cabaran pasukan corot Nottingham Forest untuk meraih 3 mata berharga dalam saingan liga.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp kini selesa menghuni tangga pertama liga disebalik beberapa siri kecederaan yang menimpa pemain Liverpool.

Liverpool jelas mendominasi penguasaan bola berbanding Nottingham Forest dalam perlawanan ini apabila merekodkan 71% penguasaan bola.

Advertisements

Malah The Reds turut mencipta lebih banyak peluang di hadapan gawang gol dengan 22 percubaan manakala Nottingham Forest hanya melakukan 2 percubaan.

Namun Liverpool bergelut untuk meraih percubaan tepat dalam perlawanan ini dan kerap kali terlepas peluang berharga menjaringkan gol.

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba pada masa lewat hujung permainan menerusi tandukan Darwin Nunez.

Advertisements

Tamat perlawanan, Liverpool menang tipis 1-0 ke atas Nottingham Forest. Liverpool gah berada ditangga pertama liga dengan mengumpul 63 mata setakar ini manakala City ditangga kedua dengan 59 mata.

Nottingham Forest kekal berada ditanga ke-17 liga dengan mengumpul 24 mata ketika ini setelah merekodkan 15 kekalahan liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram