EPL: Gol Saat Akhir Everton Kecewakan Tottenham Hotspur
EPL
Everton FC
Advertisements

Tottenham Hotspur terlepas peluang menundukkan Everton di Stadium Goodison Park setelah sekadar meraih keputusan seri.

Spurs menurunkan skuad terbaik mereka dengan Timo Werner, Richarlison dan Brennan Johnson berada dibahagian serangan pasukan.

Richarlison membuka jaringan seawal minit ke-4 permainan menerusi hantaran daripada Destiny Udogie.

Advertisements

Everton kemudian menyamakan kedudukan hasil jaringan Jack Harrison pada minit ke-30 berpunca daripada sepakan sudut.

5 minit sebelum tamat aksi babak pertama, Richarlison sekali lagi menjaringkan setelah menerima bola daripada James Maddison.

Bermula babak kedua, Everton cuba melancarkan beberapa serangan untuk menyamakan kedudukan namun tiada gol yang dapat dihasilkan.

Advertisements

Everton lebih banyak melakukan percubaan berbanding Spurs namun Spurs lebih tajam dihadapan gol menerusi percubaan tepat yang lebih banyak daripada pihak lawan.

Jarrad Branthwaite muncul penyelamat maruah Everton apabila menjaringkan gol minit akhir permainan.

Tamat perlawanan, Spurs diikat Everton dengan jaringan 2-2 dan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata berharga.

Advertisements

Tottenham kini berada di tangga keempat liga dengan mengumpul 44 mata manakala Everton berada di tangga 17 liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram