EPL: Harapan Kejuaraan Liverpool Makin Pudar, Diikat West Ham
EPL
EPL
Advertisements

Harapan Liverpool merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24 semakin suram apabila pasukan itu diikat 2-2 dengan West Ham United.

Dengan The Reds hanya dipisahkan tiga mata dengan pendahulu liga, Arsenal, Liverpool perlu menang hari ini untuk merapatkan jurang mata.

Sementara West Ham pula membawa misi menamatkan kemarau empat perlawanan tanpa kemenangan terutama selepas dibelasah Crystal Palace 5-2 pada 21 April lalu.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Liverpool yang dibimbing Jurgen Klopp kerap melancarkan serangan ke atas kubu pertahanan tuan rumah.

Malangnya, setiap serangan The Reds kerap dipatahkan barisan pertahanan West Ham diketuai kapten, Kurt Zouma.

Advertisements

Percubaan terbaik Liverpool hadir pada minit ke-41 menerusi rembatan deras Luis Diaz tetapi rembatannya terkena tiang gol.

Sebaliknya, The Hammers mendahului pada minit ke-43 menerusi tandukan Jarrod Bowen yang menewaskan penjaga gol Brazil, Alisson. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Liverpool semakin garang memburu gol penyamaan. Gol yang dicari akhirnya muncul pada minit ke-48 menerusi bek kiri Scotland, Andrew Robertson.

Gol tersebut memberi suntikan semangat kepada The Reds untuk memburu gol kedua perlawanan.

Advertisements

Liverpool akhirnya mendahului pada minit ke-65 apabila rembatan Diaz terkena beberapa pemain West Ham sebelum melantun masuk ke dalam gawang.

Tersentak, pengurus West Ham, David Moyes membuat beberapa pertukaran untuk memburu gol penyamaan. Hasilnya, Michail Antonio menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-77.

Liverpool terus memberi tekanan ke atas West Ham untuk mendapatkan gol kemenangan tetapi keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sofascore memilih Robertson sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini dengan markah 8.5 mata, 0.1 mata di hadapan Luis Diaz.

Keputusan ini menyaksikan The Reds hanya mengumpul 75 mata, dua mata di belakang Arsenal. Manakala The Hammers pula di tangga kelapan dengan 49 mata.

Liverpool bakal berdepan Tottenham Hotspur pada 5 Mei ini. Sementara West Ham pula bakal menentang Chelsea pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram