EPL: Kebangkitan Memukau Man City Musnahkan Harapan Man United
EPL
Premier League
Advertisements

Manchester City tiada masalah untuk menumbangkan jiran setempat, Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Manchester United yang dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Fulham minggu lalu terlebih dahulu di depan menerusi rembatan Marcus Rashford dari luar kotak penalti seawal minit kelapan.

Anak-anak buah Pep Guardiola seakan tersentak dan terus merencana serangan bertubi-tubi ke gawang pelawat bagi mencari jaringan penyamaan diketuai penyerang berbisa, Erling Haaland.

Advertisements

Kekebalan benteng pertahanan Manchester United di samping aksi mantap penjaga gol, Andre Onana berjaya menafikan setiap percubaan The Citizens sekaligus mengakhiri babak pertama dengan keputusan Manchester City 0-1 Manchester United.

Babak kedua bermula, tuan rumah meneruskan penguasaan bola dan hasilnya Phil Foden berjaya menembusi gawang Man United menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-56.

Manchester United pula lebih menerapkan taktikal bertahan di separuh masa kedua dan hanya melancarkan serangan balas bagi memecahkan struktur pertahanan Man City.

Advertisements

Namun, percaturan mereka gagal apabila Manchester City berjaya menjaringkan gol kedua sekali lagi menerusi pemain muda, Phil Foden sepuluh minit sebelum permainan tamat.

Ketika Manchester United sedang merangka serangan, Erling Haaland hadir menyumbat gol ketiga tuan rumah sekaligus melengkapkan kemenangan 3-1 City ke atas United.

Tamat aksi, Manchester City 3-1 Manchester United.

Advertisements

Aksi liga seterusnya menyaksikan Manchester City bakal berentap menentang Liverpool bagi perebutan takhta liga manakala Manchester United melayani kunjungan Everton di Old Trafford.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram