Liverpool berjaya melakukan kebangkitan luar biasa apabila menewaskan Newcastle United 2-1 dengan kudrat 10 pemain di Stadium St. James’ Park.
Pasukan kendalian Jurgen Klopp seakan tidak bersedia dalam perlawanan ini setelah Trent Alexander-Arnold dilayangkan kad kuning seawal minit ke-6 perlawanan.
Trent sekali lagi melakukan kesilapan apabila gagal menerima hantaran Salah dan memberikan peluang buat Anthony Gordon untuk merampas bola. Gordon kemudian mudah menewaskan Allison Becker untuk jaringan pertama Newcastle United.
3 minit kemudian kapten Liverpool, Virgil Van Dijk dilayangkan kad merah setelah melakukan kekasaran dari belakang ke atas Alexander Isak pada minit ke-28 perlawanan.
Bermain dengan 10 pemain, Klopp membawa keluar Luis Diaz dan memasukkan Joe Gomez bagi mengimbangi pasukan Liverpool.
Newcastle berjaya melakukan beberapa percubaan berbahaya menerusi Trippier dan Almiron namun gagal menembusi gawang gol Liverpool sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, Newcastle yang jelas menguasai perlawanan melakukan beberapa siri serangan namun tiada gol yang dapat dihasilkan.
Darwin Nunez kemudian berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Liverpool pada minit ke-81 perlawanan setelah melepasi asakan daripada Sven Botman.
Memasuki masa tambahan, Darwin Nunez sekali lagi menjaringkan gol setelah menerima hantaran daripada Salah sekaligus menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool.
Tamat perlawanan, Liverpool berjaya mengalahkan Newcastle United dengan jaringan 2-1.