EPL: Liverpool Tewaskan Burnley
MakanBola
Liverpool FC
Sponsors

Liverpool terus memberi tekanan kepada para pencabar kejuaraan selepas mudah menundukkan Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool yang bermain di hadapan para penyokong sendiri bagai mendapat tonik tambahan untuk meledak jaringan pertama menerusi Diogo Jota pada minit ke-31.

Ad
Sponsors

Ketika separuh masa pertama hampir menuju penamat, Burnley berjaya mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi tandukan Dara O’Shea untuk mengikat kedudukan 1-1.

Ad

Tamat separuh masa pertama, Liverpool 1-1 Burnley.

Kembali dari rehat, Liverpool tidak menunggu untuk kembali memimpin perlawanan selepas tandukan Luis Diaz berjaya menewaskan penjaga gol Burnley, James Trafford pada minit ke-52.

Ad

Anak-anak buah Jurgen Klopp ini terus mengganas dengan gol ketiga pasukan pada minit ke-79 melalui penyerang sensasi, Darwin Nunez untuk menceriakan 59,896 penyokong tuan rumah.

Ad

Tiada jaringan dapat dijelmakan kedua-dua pasukan selepas itu meskipun enam minit tambahan masa diberikan pengadil.

Tamat perlawanan, Liverpool 3-1 Burnley.

Selepas ini, Liverpool akan berkunjung ke laman Brentford manakala Burnley bakal beraksi di hadapan penyokong sendiri menentang pasukan pencabar liga, Arsenal.