EPL: Liverpool Hampiri Puncak Liga Selepas Belasah Brentford
EPL
Liverpool
Advertisements

Liverpool semakin kuat memberikan cabaran kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City selepas berjaya menumbangkan Brentford dengan kedudukan 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Anfield sebentar tadi.

Liverpool menurunkan barisan terkuat mereka dengan gandingan Mohamed Salah dan Darwin Nunez diletakkan di bahagian serangan sambil dibantu Diogo Jota dan Cody Gakpo

Serangan Liverpool dimulakan sejak wisel permulaan ditiupkan. Peluang terbaik Liverpool hadir pada minit ke-4 melalui Dominik Szoboszlai namun percubaannya tenang diseleamatkan penjaga gol Brentford, Mark Flekken.

Advertisements

Selepas serangan demi serangan dilancarkan, Liverpool akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-39 melalui Mohamed Salah yang menyempurnakan hantaran dari Darwin Nunez dengan satu sepakan lencong. Liverpool di hadapan 1-0.

Salah hampir menggandakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama dengan satu lagi peluang keemasan namun percubaannya dari jarak dekat tidak menepati sasaran sekali gus menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 1-0 memihak Liverpool.

Bersambung babak kedua, Liverpool terus menggandakan asakan untuk menjarakkan lagi kedudukan.

Advertisements

Usaha mereka nyata berbaloi apabila Mohamed Salah sekali lagi meledak pada minit ke-62 yang menanduk kemas hantaran lintang dari pertahanan kiri, Kostas Tsimikas.

Mendahului dua jaringan di hadapan, Liverpool terus menguasai perlawanan. Tidak banyak yang dapat dilakukan pemain Brentford selepas aksi cemerlang barisan pertahanan Liverpool yang diketuai Virgil Van Dijk.

Amukan Liverpool berterusan. Kali ini melalui Diogo Jota yang meledak pada minit ke-74 selepas pemain antarabangsa Portugal itu melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti yang sama sekali menewaskan Mark Flekken di gawang Brentford.

Advertisements

Ketinggalan dengan tiga jaringan, Brentford menggandakan asakan ke kubu Liverpool. Mereka juga membawa masuk penyerang baharu seperti Maupay untuk menjaringkan gol.

Namun tiada gol tambahan berjaya dijaringkan sekali gus mengesahkan kemenangan 3-0 kepada Liverpool.

Dengan kemenangan ini, Liverpool terus mendaki carta liga dan kini mereka berada di tangga ke-3 dengan mengumpul 27 mata. Mata yang sama turut direkodkan pendahulu liga, Manchester City dan pasukan di tangga kedua, Arsenal.

Advertisements

Manakala Brentford jatuh ke tangga ke-10 liga dengan mengumpul 16 mata selepas 12 perlawanan yang telah diharungi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram