EPL: Liverpool Kukuh Di Persada Liga, Bangkit Malukan Luton Town
EPL
Liverpool FC
Advertisements

Perlawanan Liga Perdana Inggeris pagi ini menyaksikan pertembungan antara Liverpool menentang Luton Town dengan keputusan 4-1 di Stadium Anfield.

Seawal minit ke-12 permainan, pemain tengah Luton, Chiedozie Ogbene membuka jaringan menerusi tandukan selepas bola muntah daripada penjaga gol Liverpool, Kelleher.

Pada minit ke-58 permainan, ketua pasukan Liverpool, Van Dijk menyamakan kedudukan menerusi tandukan deras dari sepakan sudut yang diambil oleh Mac Allister.

Advertisements

Selang 2 minit permainan, Liverpool bangkit mendahului menerusi Cody Gakpo juga tandukan menewaskan penjaga gol Luton Town, Kaminski.

Pada minit ke-72 permainan, pemain sayap, Luis Diaz menggandakan jaringan ketiga buat Liverpool dengan sepakan kaki kiri dalam kotak penalti.

Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan pemain Luton Town, Liverpool terus hukum menerusi Harvey Elliot bagi mencatat nama sebagai penjaringan keempat perlawanan pada minit ke-90 permainan.

Advertisements

Lapan minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan.

The Reds terus kukuh di persada liga dengan 60 mata membezakan empat mata di belakang Manchester City dan lima mata di belakang Arsenal. 

Meskipun kurang satu perlawanan, jika Arsenal dan Manchester City menang perlawanan seterusnya, Liverpool kekal di kedudukan teratas liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram