EPL: Liverpool & Man City Sama Handal, Arsenal Mula Tertekan
EPL
Premier League
Advertisements

Liverpool gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri apabila diikat Man City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Anfield itu menyaksikan kedua-dua pasukan turun dengan misi meraih tiga mata bagi merebut kedudukan pertama liga.

Babak pertama perlawanan bermula dengan sengit apabila kedua-dua pasukan tampak bersemangat bagi mencari jaringan awal.

Advertisements

Pada minit ke-23, Man City terlebih dahulu di hadapan menerusi tolakan mudah John Stones dari jarak dekat hasil sepakan penjuru Kevin De Bruyne.

Liverpool cuba bangkit mengasak kubu Manchester City namun kekebalan benteng pertahanan The Citizens berjaya menafikan peluang tuan rumah.

Aksi separuh masa pertama tamat, Liverpool 0-1 Manchester City.

Advertisements

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Alex Mac Allister pada minit ke-50 selepas Darwin Nunez dibentes penjaga gol Manhester City, Ederson Moraes.

Kedua-dua pasukan mula membawa masuk beberapa pemain dari bangku simpanan bagi menambah sengat jentera serangan masing-masing.

Anak-anak buah Jurgen Klopp terus mendominasi permainan di penghujung permainan dengan beberapa peluang menarik dimiliki Mo Salah dan Luis Diaz gagal disudahkan.

Advertisements

Phil Foden dan Jeremy Doku berpeluang untuk meletakkan pelawat kembali di depan namun malang, tiang dan palang menjadi penghalang tatkala pintu gawang sudah terbuka.

Tambahan masa lapan minit tidak mengubah sebarang keputusan sekaligus mengakhiri permainan dengan keputusan Liverpool 1-1 Manchester City.

Keputusan ini menyaksikan Arsenal dan Liverpool berkongsi 64 mata di tangga pertama dan kedua liga dengan perbezaan jaringan menjadi pemisah. Man City pula jatuh ke tangga ketiga, satu mata di belakang pendahulu.

Advertisements

Selepas ini, Liverpool akan turun melayani kunjungan Sparta Praha dalam aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Eropah pada 15 Mac manakala Man City bakal turun berdepan Newcastle United di Stadium Etihad dalam perlawanan suku akhir Piala FA pada 17 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram