EPL: Liverpool Padam ‘Kedegilan’ Brighton Dengan Nota Kemenangan
EPL
EPL
Advertisements

Liverpool kekal berada di puncak Liga Perdana Inggeris selepas dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan Brighton dalam aksi di Stadium Anfield sebentar tadi.

Krisis kecederaan yang membelenggu Liverpool memaksa jurulatihnya, Jurgen Klopp meletakkan beberapa tenaga muda untuk membawa cabaran genting di hadapan ribuan penyokong sendiri.

Liverpool tersentak di awal permainan dengan jaringan pantas penyerang Brighton, Danny Welbeck seawal minit ke-3 perlawanan melalui satu rembatan deras dari dalam kotak penalti yang sama sekali tidak berjaya diselamatkan penjaga gawang Liverpool, Caoimhin Kelleher.

Advertisements

Ketinggalan satu jaringan, Liverpool menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan bagi menghidupkan semula perlawanan yang masih lagi panjang.

Hasil serangan yang berterusan, Liverpool akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-27 melalui satu penyudah jarak dekat Luis Diaz selepas penyerang dari Colombia itu memanfaatkan kesilapan pemain Brighton yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Kedudukan terikat 1-1.

Kedudukan seri 1-1 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Brighton memulakan aksi babak kedua dengan lebih garang dengan acap kali melancarkan gerak serangan ke kubu Liverpool.

Namun begitu, tuah lebih memihak kepada Liverpool apabila pemain bintang mereka, Mohamed Salah meledak pada minit ke-65 selepas menyempurnakan hantaran lolos menarik dari Alexis Mac Allister.

Biarpun mendahului, Liverpool tetap meneruskan rentak menyerang bagi mematikan usaha kebangkitan dari barisan pemain Brighton.

Advertisements

Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga wisel penamat sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga kepada Liverpool.

Liverpool kini kekal di puncak liga dengan mengumpul 67 mata, dibezakan empat mata dengan pasukan di tangga kedua, Arsenal. Manakala Brighton pula kekal di tangga ke-9 liga dengan 42 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram