EPL: Man City Hampir Diaibkan Tottenham Hotspur
EPL
Premier League
Advertisements

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Man City terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 3-3 oleh pasukan dari utara London, Tottenham Hotspur.

Dengan Liverpool dan Arsenal masing-masing meraih kemenangan, City perlu menang ke atas Spurs bagi merampas semula takhta pendahulu liga.

Sementara Tottenham pula mahu menamatkan rekod empat kekalahan berturut-turut bagi membolehkan mereka terus mencabar slot kelayakan ke Eropah.

Advertisements

Kapten Korea Selatan, Son Heung-min terus membuktikan dirinya terus berbisa dengan menyumbat gol pertama pelawat pada minit keenam.

Bagaimanapun, beliau bernasib malang apabila bola sepakan percuma City terkena betisnya sebelum menewaskan penjaga gol Guglielmo Vicario tiga minit selepas itu.

The Citizens terus memberi tekanan kepada Spurs untuk meraih gol kedua. Hasilnya, Phil Foden meletakkan City di hadapan pada minit ke-31.

Advertisements

Gol tersebut memastikan tuan rumah mendahului Spurs 2-1 sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, City terus mendominasi pelawat. Malangnya, usaha mereka menambah gol sentiasa digagalkan barisan pertahanan Spurs diketuai Ben Davies.

Ini membuka ruang kepada pelawat untuk menjaringkan gol penyamaan menerusi pemain sayap Argentina, Giovani Lo Celso pada minit ke-69.

Advertisements

Bagaimanapun, keceriaan pelawat terhenti apabila pemain gantian, Jack Grealish menyudahkan hantaran Erling Haaland untuk gol kemenangan City pada minit ke-81.

Tatkala penyokong tuan rumah menyangka kemenangan sudah berada dalam genggaman, Dejan Kulusevski memastikan kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada minit ke-90. Keputusan 3-3 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sofascore memilih Julian Alvarez sebagai pemain terbaik perlawanan dengan 8.1 mata, sedikit di hadapan Heung-min yang mendapat markah 8.0 mata.

Advertisements

Selepas ini, City bakal bertandang ke Villa Park menentang Aston Villa pada awal pagi 7 Disember. Sementara Spurs pula melayan West Ham United pada awal pagi 8 Disember.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram