EPL: Man City Diikat Brighton Di Stadium Etihad
MakanBola
Manchester City
Sponsors

Man City kempunan merapatkan jurang dengan kelompok empat teratas liga apabila sekadar seri 2-2 Brighton di Stadium Etihad.

City perlu menewaskan The Seagulls jika ingin kembali berada di tempat keempat. Brighton pula berpeluang memintas The Citizens sekiranya menang ke atas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24 itu.

Ad

Stefan Ortega dibawa masuk menggantikan Ederson yang kurang sihat. The Seagulls pula memilih Joao Pedro untuk mengetuai jentera serangan mereka.

Brighton menyangka mereka mendahului seawal minit kelima menerusi Kaoru Mitoma. Walau bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan kerana pemain Jepun itu menolak bola ke dalam gawang dengan tangannya.

Ad

City kemudiannya dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil, Simon Hopper tiga minit selepas itu. Ini selepas Omar Marmoush dijatuhkan Adam Webster dalam kotak penalti.

Ad

Erling Haaland tenang menewaskan Bart Verbruggen untuk meletakkan The Citizens di hadapan. Ini juga penglibatan gol ke-100 Haaland dalam EPL untuk 94 penampilan.

Ad

Tersentak, Brighton bangkit memburu gol penyamaan. Hasilnya, sepakan percuma Pervis Estupinan menerjah jaring pada minit ke-20.

Tatkala The Seagulls berusaha mencari gol tambahan, City kembali di hadapan menerusi Marmoush pada minit ke-38. Keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Brighton terus memberi tekanan kepada City untuk memburu gol penyamaan.

Hasilnya, bek tengah Uzbekistan, Abdukodir Khusanov menjaringkan gol sendiri apabila beliau tertolak bola cubaan Jack Hinshelwood ke dalam gawang pada minit ke-48.

City bernasib baik gawang mereka tidak bocor buat kali ketiga empat minit selepas itu. Georginio Rutter gagal menolak bola hantaran Pedro ke dalam gawang tuan rumah.

City terus berusaha mencari jaringan kemenangan tetapi keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan The Citizens dan Brighton masing-masing di tempat kelima dan ketujuh dengan 48 dan 47 mata.

Sofascore memilih Marmoush sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.5. Beliau mengatasi cabaran Estupinan dan Ilkay Gundogan yang meraih 7.6 mata.

Selepas ini, kedua-dua pasukan mengalihkan fokus kepada The Emirates FA Cup. City dan Brighton masing-masing bertemu Bournemouth dan Nottingham Forest di peringkat suku akhir pada 30 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments