EPL: Man City Terkedu Diikat Southampton
MakanBola
Manchester City
Sponsors

Man City terlepas peluang memintas Arsenal apabila diikat tanpa jaringan oleh Southampton di Stadium St. Mary.

City perlu menang jika mahu memburu kedudukan kedua liga. The Saints pula mahu menambah kutipan mata agar dapat menutup musim 2024/25 dengan positif.

Ad
Sponsors

Erling Haaland kembali mengetuai jentera serangan City. Kamaldeen Sulemana menggantikan Ross Stewart sebagai peledak utama Southampton.

Separuh masa pertama menyaksikan The Citizens berusaha mencari jaringan awal menerusi Haaland, Phil Foden, Kevin de Bruyne dan James McAtee.

Ad

City hampir mendahului seawal minit ke-13 apabila tolakan bola Jan Bednarek terkena belakang badan Flynn Downes. The Saints bertuah kerana bola tersebut hanya melepasi palang.

Ad

The Citizens dilihat buntu menembusi pertahanan tuan rumah. Ini disebabkan usaha gigih Southampton mempertahankan gawang mereka menerusi formasi 3-4-1-2.

Ad

Hal ini membolehkan anak buah pengendali sementara, Simon Rusk memastikan keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, City memasukkan Jeremy Doku untuk menambah bisa di bahagian sayap.

The Saints pula memasukkan Joe Aribo menggantikan pemain pinjaman Chelsea, Lesley Ugochukwu. Ini disebabkan Ugochukwu sudah mengutip kad kuning pada separuh masa pertama.

Penjaga gol Southampton, Aaron Ramsdale bertindak pantas mengeluarkan tandukan Manuel Akanji daripada menembusi gawangnya pada minit ke-71.

City yang terdesak memasukkan penyerang Mesir, Omar Marmoush pada minit ke-84. Malangnya, Southampton terus kental mempertahankan gawang mereka.

Situasi ini memastikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata. Keputusan ini menyaksikan The Citizens mengumpul 65 mata, dua mata di belakang Arsenal.

Southampton pula mengumpul 12 mata di tangga ke-20. Sofascore memilih de Bruyne sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.4.

City berharap mereka akan lebih bertuah di pentas final The Emirates FA Cup. Final pada 17 Mei itu menemukan anak buah Pep Guardiola dengan Crystal Palace.

Southampton pula akan berdepan cabaran pasukan Merseyside, Everton pada 18 Mei.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments