EPL: Man United Leburkan Tentangan Sengit Aston Villa
EPL
Manchester United
Advertisements

Man United mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan semua kejohanan selepas mengalahkan Aston Villa 2-1 di Villa Park hari ini.

Villa yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Unai Emery perlu menang hari ini jika mahu kembali menduduki kedudukan keempat liga.

Sementara United pula yang dibimbing pengendali Belanda, Erik ten Hag pula mahu merapatkan jurang dengan dua pasukan di atas mereka, Villa dan Tottenham Hotspur.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan The Villains banyak menguasai bola. Ini memaksa penjaga gol United, Andre Onana bekerja keras menafikan setiap percubaan tuan rumah.

Mengikut data Sofascore, Villa menguji United dengan 10 kali percubaan pada babak pertama dengan tiga daripadanya dinafikan oleh Onana.

Meskipun United hanya memiliki satu percubaan tepat ke arah gol daripada tujuh percubaan, itu sudah cukup untuk meletakkan mereka di hadapan menerusi Rasmus Hojlund pada minit ke-17.

Advertisements

Gol tersebut terhasil apabila tandukan Harry Maguire mudah disempurnakan penyerang Denmark itu menerusi satu rembatan voli yang menewaskan Emiliano Martinez. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Aston Villa terus menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan.

Gol yang dicari akhirnya muncul pada minit ke-67 menerusi Douglas Luiz. Kegagalan pertahanan The Red Devils mengeluarkan bola sepakan sudut disambar Luiz sebelum menewaskan Onana.

Advertisements

Kedua-dua pasukan kemudiannya membuat beberapa pertukaran bagi mendapatkan gol kemenangan.

Percaturan ten Hag yang memasukkan Scott McTominay menggantikan Marcus Rashford membuahkan hasil dengan menyumbat gol kemenangan pada minit ke-86.

Gol tersebut sudah cukup untuk memastikan United membawa pulang tiga mata dari Villa Park. Keputusan ini mengukuhkan kedudukan mereka di tangga keenam dengan 41 mata.

Advertisements

Manakala Villa pula jatuh ke tangga kelima liga dengan 46 mata. Onana dipilih pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore dengan markah 8.5 mata.

Selepas ini, United bakal berdepan Luton Town di Kenilworth Road pada 19 Februari. Sementara The Villains pula berdepan Fulham di Craven Cottage pada 17 Februari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram