EPL: Man Utd Bangkit Tewaskan Nottingham Forest
EPL
Manchester United
Advertisements

Kelab gergasi EPL, Man Utd menghela nafas lega sebaik wisel penamat ditiup apabila berjaya menewaskan Nottingham Forest di Old Trafford hari ini.

Selepas tewas 2-0 di tangan Tottenham Hotspur minggu lepas, The Red Devils berharap dapat meraih tiga mata ke atas Forest di gelanggang keramat mereka.

Bagaimanapun, United sekali lagi bermula sumbang apabila Taiwo Awoniyi menyumbat gol pertama pada minit kedua.

Advertisements

Gol tersebut menjadikan bekas penyerang Liverpool itu penyerang Afrika ketiga menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan selepas Emmanuel Adebayor dan Mohamed Salah.

Dua minit kemudian, Willy Boly menambah gol kedua pelawat menerusi tandukan dari sepakan sudut.

Tersentak, anak-anak buah Erik ten Hag berusaha merapatkan jurang kelebihan Tricky Trees daripada terus melebar. Hasilnya, Christian Eriksen menyumbat gol pertama The Red Devils pada minit ke-17.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, United berusaha mencari gol penyamaan. Anthony Martial berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-49 tetapi gagal selepas cuba melepasi penjaga gol Matt Turner.

Kegagalan Martial ditebus pemain tengah Brazil Casemiro beberapa minit selepas itu. Beliau yang terlepas peluang menjaringkan gol pada babak pertama mudah menyempurnakan hantaran kapten Bruno Fernandes.

Tricky Trees terus dirundung malang apabila Joe Worrall dibuang padang pada minit ke-68 selepas menghalang Fernandes daripada menjaringkan gol.

Advertisements

United akhirnya mendapat peluang mendahului apabila pemain tengah pelawat, Danilo menjatuhkan Marcus Rashford dalam kotak penalti. Dan Fernandes tidak teragak-agak menewaskan Turner pada minit ke-76 untuk meletakkan tuan rumah di hadapan.

Kemenangan ini meletakkan The Red Devils pada kedudukan kelima liga dengan enam mata. Manakala Forest pula berada di tangga ke-13 dengan tiga mata.

Selepas ini, United bakal berdepan pendahulu liga Arsenal dalam aksi liga seterusnya di Stadium Emirates pada 3 September. Manakala Forest pula berdepan Chelsea di Stamford Bridge pada 2 September.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram